Sering Buat Konten Menari Dengan Pakaian Seksi, Azhar Sulaiman Nasihat Leona; “Jangan Jadi Bahan Cemuhan Orang, Be Smart!”
08/12/2022 21:00 MYT
Nama pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sering mencuri tumpuan netizen apabila kerap melakukan konten mengundang pelbagai reaksi buruk di laman TikTok sehingga dilihat kurang sesuai dipertonton kepada Umum.
Malah, pakaian yang sering digayakan Leona, 20, turut menjadi bualan apabila adakalanya kelihatan agak seksi dan melampau.
Sementara itu, menerusi muat naik terbaharu di Instagram milik ayahnya yang juga seorang pelakon, Azhar Sulaiman memberi nasihat buat anak perempuannya itu.
Kata Azhar, 51, sesetengah orang sengaja menunggu anaknya itu melakukan konten yang mengundang cakap nakal netizen, oleh itu dia menasihati anaknya untuk tidak menjadi bahan cemuhan.
Malah, aktor tersebut turut mengingatkan anaknya untuk bertindak bijak selain tidak berpakaian seksi lagi.
“Dear Leona, sesetengah orang sengaja tunggu awak buat posting dengan baju seksi dan kutuk awak, saya serta keluarga kita.
“Jadi jangan bahan cemuhan orang ramai dengan segala baju seksi awak. Be smart Leona, jangan terperdaya dengan godaan!,” kata Azhar.
Terdahulu, Azhar pernah menyatakan sudah berulang kali menasihati sikap anaknya itu, namun akui Leona yang semakin dewasa dan agak ‘degil’.
BACA: Azhar Sulaiman Akui Tak Mudah Tegur Anak Dah Besar, Rotan Pun Tak Sesuai
Untuk info, Leona bersama kembarnya, Rees Pahamin ketika ini sedang melanjutkan pengajian di London selama tiga tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!