Sering Diminta Untuk Tanggal Hijab, Yuna Harap Haters Dilembutkan Hati – “Unfollow Saya Kalau Rindu Yuna Yang Dulu”
Khairil Khusyairi
28/08/2024 21:55 MYT
28/08/2024 21:55 MYT
Penyanyi Yuna mempersoalkan sikap sesetengah netizen yang sering mencari kesalahan terhadap dirinya seperti mengkritik pemakaiannya.
Minta Haters Unfollow
Sehubungan dengan itu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, meminta pembenci atau haters menyahikut akaun Instagram miliknya.
“Unfollow saya! Orang suruh saya abaikan komen-komen ini tetapi ia perlu ditangani sebab kita akan jadi masyarakat yang bagaimana kalau kita terus biar orang macam ini berkata apa sahaja yang mereka mahu sebab mereka fikir mereka berhak buat?
“Bagaimana orang dari komuniti saya masih berada di ruang saya meninggalkan komen yang cemuh, jahat, beritahu saya apa yang perlu dipakai atau 'menanggalkan tudung anda' & hakimi saya tanpa meletakkan diri anda dalam hidup saya!
“Ia adalah toksik. Adakah ini yang anda cita-citakan? Bukankah kita diajar untuk menyayangi antara satu sama lain? Apa yang saya lakukan sampai awak kurang senang?,” tulisnya.
Tambah pelantun lagu Dan Sebenarnya itu lagi, dia berharap golongan tersebut diberi kesedaran dan dilembutkan hati.
“Kita tidak pernah bertemu, saya hanya menulis muzik. Fikirkanlah. Saya harap awak jumpa diri awak.

“Semoga anda fokus untuk memperbaiki hidup anda dan Iman. Semoga anda menaikkan semangat orang di sekeliling anda dan komuniti anda, daripada menjatuhkan mereka.
“Semoga Allah meringankan kesusahan anda dan melembutkan hati anda. Amin YRA,” harapnya.
Juri Gimme The Mic Malaysia itu turut meminta netizen yang sering merindui ‘Yuna yang dulu’ menyahikut akaun IG miliknya.
“Sila unfollow saya jika anda tak puas hati dengan orang yang saya membesar, sebab saya banyak projek yang akan datang tak lama lagi.
“Saya sampaikan cinta dan cahaya kepada semua pembenci sebab mereka sangat perlukannya.