Sering Muat Naik Foto Pelik & Unik, Instagram G-Dragon Cecah 15 Juta Pengikut

Mya Amri
November 6, 2017 12:10 MYT
Pengikut laman sosial Instagram (IG) ketua kumpulan BigBang, G-Dragon kini mencecah 15 juta.
G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong telah memuat naik lebih 2,000 posting sejak akaun itu dibuka pada tahun 2012.
Kebanyakan pengikut IGnya gemar melihat foto-foto yang dimuat naik oleh G-Dragon kerana ia agak berlainan berbanding artis Korea lain.
Walaupun G-Dragon sering merakamkan dan memuat naik foto-foto pelik namun mereka menganggap penyanyi itu mempunyai cita rasa unik dalam bidang fotografi.
Dengan jumlah pengikut sebanyak 15 juta menjadikan G-Dragon artis Korea pertama yang memiliki pengikut teramai.
Selain G-Dragon, anggota BigBang lain iaitu T.O.P mencatatkan jumlah 8.3 juta pengikut diikuti dengan Taeyang (8 juta) dan Seungri (6.7 juta).
Berikut merupakan antara foto-foto menarik yang dikongsi oleh G-Dragon:
#Bigbang #Artis Korea #G-Dragon