Sering Raih Jutaan Tontonan Di YouTube, Bahiyya Haneesa Pertaruhkan Peluang Kedua Versi Mereka Pula!
Asraf Aided
29/01/2021 07:00 MYT
29/01/2021 07:00 MYT
Lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali sememangnya sangat popular dan diminati ramai.
Boleh dikatakan, karya Hael Husaini itu diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, kumpulan Bahiyya Haneesa atau Haneesa membuat percaturan memberi nafas baru untuk Peluang Kedua ini.
Peminat kumpulan ini semestinya tahu kekuatan mereka adalah pada elemen nyanyian yang harmoni lantas itulah yang diterapkan dalam Peluang Kedua versi mereka.
Namun begitu, Bahiyya Haneesa masih mengekalkan melodi asal lagu ini tanpa melakukan gubahan berlebihan. Ini disebabkan, lagu itu sendiri sudah cukup indah dan hanya memerlukan gubahan yang tersendiri mengikut identiti nyanyian mereka.
Mengambil versi Peluang Kedua yang menampilkan MK K-Clique, elemen rap tentu lebih menghidupkan lagu ini.
Menurut anggotanya, tiada sebab lain mereka memilih lagu ini untuk dinyanyikan semula selain daripada sambutan luar biasa terhadapnya.
Namun begitu, mereka tidak ambil remeh proses rakamannya dan berusaha menghasilkan susunan yang segar tanpa dibayangi penyanyi asalnya.
“Kami pilih lagu ini sebab sekarang memang tengah popular dan boleh dikatakan budak kecil pun hafal. Jadi kami gunakan kelebihan ini untuk berikan semua pendengar sedikit kelainan. Pendengar boleh nyanyi dengan melakukan harmoni sekali dan bukan semata-mata menyanyikan liriknya sahaja.
“Apa yang menariknya daripada segi pembikinan Peluang Kedua versi acapella ini adalah kami bertungkus-lumus bersama penerbit iaitu Kelana untuk menghasilkan susunan semula muziknya.
"Tidak ketinggalan, kami berkerja-keras untuk menetapkan bahagian harmoni, ‘beatbox’, serta rap,” kata mereka.
Dalam pada itu, Haneesa juga berharap agar Peluang Kedua versi mereka diterima dengan baik oleh para pendengar.
“Kami akur dan tahu genre acapella masih terlalu kurang mesra atau boleh dikatakan asing di telinga pendengar Malaysia.
"Namun, pastinya ada pengikut serta penggemar untuk genre sebegini. Jadi, kami harap para pendengar suka dengan lagu yang diberikan nafas baru ini dan seronok dengan kelainan kami tampilkan,” katanya lagi.
Kumpulan acapella serba berbakat ini dianggotai Wafa Amira (Wafa), Waheeda Batrisyia (Bon), Nurul Amaninah (Nina), Nor Suhaida (Suha), Nor Afiqah (Afi), Nur Fatin (Fatin), Saidatul Syahirah (Syasya) dan Siti Nabilah (Bella).
Mereka juga aktif membuat cover beberapa lagu popular seperti Jennie- Solo, Alan Walker - Lily dan On My Way serta Blackpink- Kill This Love dan ada antara video mereka mencecah jutaan tontonan di YouTube.
Bahiyya Haneesa juga telah melancarkan single terbaru mereka berjudul Percaya tahun lalu.
Peluang Kedua versi Bahiyya Haneesa boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.