Berita
Sering Sibuk Di Lokasi Penggambaran, Kareena Kapoor Nafi Abaikan Taimur Ali Khan
Aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor menafikan dawaan sesetengah pihak yang mendakwa dia mengabaikan anaknya, Taimur Ali Khan kerana sibuk dengan kerjaya.
Menerusi laporan Times of India, walaupun sering menghabiskan masa di lokasi penggambaran, dia sentiasa menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.
"Selepas mengambil keputusan untuk aktif semula dalam bidang lakonan saya banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran filem baharu berjudul Veere Di Wedding.
"Namun perkara itu bukan bererti saya mengabaikan Taimur Ali kerana saya akan membahagikan masa diantara kerjaya dan keluarga.
"Memang susah untuk saya lepaskan anak saya yang baru berusia 16 bulan kepada penjaga tetapi saya bersyukur kerana suami ada untuk membantu menjaga Taimur.
"Mungkin selepas ini saya akan berehat selama tiga bulan untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada Taimur dan keluarga," katanya.
Taimur yang kini sudah berusia 16 bulan adalah anak pertama hasil perkahwinan Kareena dan Saif yang mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2012.
Bagi Saif pula, Taimur merupakan anak ketiganya. Sebelum ini, menerusi perkahwinan dengan pelakon Amrita Singh, Saif dikurniakan dua orang anak, Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan.
Sumber: Times of India
Olahan Oleh: Rozaimi
Must-Watch Video