Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Seriously Malaysia? Aliran Trafik Menghala Pantai Timur, Selatan Sesak Teruk?

Hanafis Haris 29/05/2021 | 07:08 MYT

Tidak sampai 24 jam pengumuman fasa pertama ‘total lockdown’, aliran trafik di Tol Gombak dan Tol Sungai Besi, telah pun mengalami kesesakan teruk.

Menerusi laporan Kosmo, aliran trafik didapati sesak di kedua-dua tol menghala ke pantai timur dan selatan tanah air itu dirakam sekitar pukul 10 pagi tadi.

Malah, gambar aliran trafik itu sudah pun mula viral di platform sosial media hingga mencetuskan kemarahan ramai.

Rata-ratanya terkejut apabila mendapat orang ramai masih berdegil dan tidak mendengar arahan kerajaan dan pihak berkuasa.

“Nak pergi mana tu cik abang semua”

“Nak balik kampung ler tu”

“Ni bukan pertama kali jalan sesak sebab nak rentas negeri, seriously Malaysia?,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, semalam, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi hingga 14 Jun depan untuk Fasa Pertama di seluruh negara.

Sepanjang tempoh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi, kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

#Malaysia #Lockdown #Trafik #Sesak
;