Hari ini merupakan episod terahir drama bersiri Ahli Bapak-Bapak Club (ABBC) yang mengangkat isu lelaki dan bapa.

Drama arahan Tam Suhaimi itu mendapat pujian penonton kerana tema yang diangkat sampai ke jiwa penonton.

Menerusi tinjauan Gempak di laman sosial Twitter, rata-rata memuji drama tersebut yang bukan hanya mengangkat tema kebapaan tetapi juga keluarga.

Ada juga yang memohon agar ABBC disambung pada musim terbaharu kerana jatuh cinta dengan jalan cerita yang dipaparkan.

“I thought #AhliBapakBapakClub is only about fatherhood. Turns out it's about FAMILY.”

“100/10 !!! storyline best!! funny and banyak pengajaran at the same time!! definitely worth the hype!!! PLS WE WANT #ABBC2.”

“Honestly cerita macam ni best sangat sebab pasal family and also kelakar sangat! Look forward for #ABBC2.”

"Serius weh, drama ni buat aku rindu keluarga dan buat aku tahu betapa pentingnya keluar. Aku rindu family aku."

Antara ciapan penonton di laman sosial tersebut.

Gandingan mantap pelakon utama iaitu Aiman Hakim, Luqman Hafidz dan Steve Yap ternyata menambat hati penonton ABBC.

Selain teraju utama, pelakon lain yang membintangi ABBC ialah Maria Farida, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Fizz Fairuz, Datin Ziela Jalil dan Amir Masdi.

Kepada yang ingin menonton ABBC, drama ini boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.