Serius Lawak! Ultraman Pun Semangat Menari Lagu Raya

Amri Hassan
Jun 14, 2017 07:33 MYT
Seorang pengguna Instagram, Luqman Khalid (@luqmankhalid) telah menyunting sepotong video parodi yang memaparkan gelagat sekumpulan Ultraman menari lagu raya.
Menerusi video itu, seekor raksasa bertindak memainkan lagu raya dan kemudiannya diiringi tarian meliuk-lentok mengikut rentak lagu Senandung Hari Raya Untuk Mu nyanyian asal Dayangku Intan.
Sekadar hiburan, kata Luqman video itu disunting demi menyemarakkan mood sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan lagi dua minggu.
"Raya sudah dekat, jom layan Ultraman pula menari lagu raya. Suntingan sendiri. Salah silap maaf dipinta," tulisnya di Instagram.
Video itu mendapat perhatian netizen yang memuji gerakan Ultraman yang tepat pada tempo lagu.
"Tak jadi nak lawan raksasa terus menari. Lawak!" tulis Saffiyana.
Di Twitter pula, @aidelamin kongsikan rasa lucunya; "Lemah semangat aku tengok Ultraman perangai macam ini. Ingat dulu Ultraman gagah perkasa. Selamat tinggal memori kanak-kanak aku."
"Sedikit lagi nak batal puasa aku. Nasib baik tidak mencarut," tulis @alainaib.

Sikit lagi nak batal puasa aku..nasib baik tak mencarut. Aduhhh siapa bro luqman yg edit ni hahahah pic.twitter.com/l8yaFwxkFI

— Dung Ket ! (@Alainaib) June 13, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak terhenti di situ, Luqman turut memuat naik kesinambungan video terbabit dalam 'entry' terbaharunya tengah hari tadi.
Menerusi video kedua, Luqman menyunting lagu Indahnya Beraya Di Desa nyanyian Azlina Aziz mengikut gerakan tarian Ultraman.
Mahukan lebih mood untuk menyambut hari raya, jom layan video-video unik suntingan Luqman! Memang menghiburkan.
Teks oleh: Amri Hassan
#Raya #Ultraman