Pelakon Hairul Azreen akui tidak mudah menjalani penggambaran untuk filem terbarunya berjudul Wira.

Menurut Hairul, dia sendiri mengalami kecederaan sewaktu melakonkan babak aksi menerusi filem tersebut.

Perkara itu dikongsi Hairul menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

“Serius penat shoot filem Wira ni. Kami cuma harap korang semua support beli tiket untuk filem akai fighting ni.

“Tapi benda yang paling susah adalah shoot, 1 shot 1 take dari level 4 sampai bawah.

“Sampai tiga ligamen saya koyak. Guys Wira 21 November ni okay,” tulisnya.

Kami cuma harap korg semua support beli tiket utk filem aksi fighting ni, tapi benda yang paling susah adalah shoot 1 shot 1 take dari level 4 sampai bawah, Sampai 3 ligament saya koyak Guys Wira 21 November ni ok

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on


Selain Hairul, filem Wira turut menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia antaranya Fify Azmi, Henley Hii, Yayan Ruhian, Ismi Melinda dan ramai lagi.

Filem arahan pengarah Adrian Teh ini bakal ditayangkan pada 21 November 2019.