Advertorial

Seriuslah Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Rain Jadi Duta CUCKOO 2020? Lovenya! #SAMASAMA

gempak
Hanafis Haris
04/02/2020
10:04 MYT
Sponsor Banner
Seriuslah  Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Rain Jadi Duta CUCKOO 2020? Lovenya! #SAMASAMA
Pernah tak terfikir dua bintang bergabung untuk satu jenama popular dan diyakini? Pasti hebat bukan?
Namun itu semua telah menjadi realiti apabila jenama terulung peralatan rumah di Korea Selatan, CUCKOO membuat kejutan!
Sempena tahun 2020 ini, CUCKOO telah memperkenalkan Rain Jung Ji Hoon, Bintang Korea sebagai Duta CUCKOO 2020 disamping buah hati kesayangan Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Duta CUCKOO 2020.
Bagi anda yang tertanya-tanya apakah yang menarik sangat tentang dua bintang tersebut, ini antara yang anda perlu tahu!

#1 Bintang Full House Kembali Beraksi

Siapa yang tidak kenal Rain bukan? Bintang ini mula beraksi sejak beliau remaja lagi.
Memulakan kerjaya sebagai seorang rapper, Rain kemudian meneruskan kerjaya muzik solo dengan melancarkan album pertama berjudul ‘Bad Guy’ pada 2002.
Dengan penampilan yang berkarismatik dan penuh aura, Rain pantas menduduki tangga lagu pop Korea Selatan.
Populariti Rain kemudian melonjak apabila dia membintangi beberapa siri televisyen Korea seperti Full House dan filem Hollywood. Pasti ramai cair waktu tu bukan?

Tapi apa kaitan Rain dan CUCKOO?

Jangan tak tahu, Rain sangat yakin dengan CUCKOO sebagai jenama yang ingin menyediakan ‘kediaman yang lebih sihat’ untuk semua.
Katanya, CUCKOO memberi keselasaan menyeluruh kepada dia dan keluarganya! Cayalah!

#2 Buah Hati Kesayangan Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Masih Penyanyi Nombor Satu Malaysia!

Siapa tak kenal dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tokti ini.
Melayu, India, Cina dan semua bangsa mengenali beliau.
Dilahirkan di Kampung Awah, Pahang, Siti Nurhaliza membuat debut nyanyiannya dalam sebuah pertandingan tempatan seawal usia 16 tahun.
Sejak itu, beliau telah memenangi lebih daripada 300 anugerah tempatan dan antarabangsa. Siti, Siti dan Siti!
Ternyata imejnya sebagai idola dan inspirasi kepada artis muzik Malaysia melambangkan falsafah 'Beyond Standards' CUCKOO.
Malah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CUCKOO International, Encik KC Hoe sendiri menyatakan bahawa personaliti karismatik dan watak filantropi Siti Nurhaliza adalah sebab-sebab beliau dipilih untuk mewakili tema 2020 CUCKOO - #SAMASAMA.

#3 Dua Bintang Bergabung Untuk CUCKOO!

Melihat kedua-dua pencapaian kedua-dua bintang ini pasti anda kagum bukan?
Untuk pengetahuan anda, pada 2020, kedua-dua duta bintang ini akan mewakili misi CUCKOO untuk meningkatkan semangat majmuk dalam masyarakat.
Walaupun kerjaya Dato’ Sri Siti Nurhaliza berlainan daripada rekod kerjaya Rain terutama dalam skala rantau yang berlainan (Malaysia dan Korea), namun ia tidak menghalang untuk CUCKOO melantik mereka berdua dalam menyediakan Peralatan Rumah Sihat #SAMASAMA.

#4 Kenapa CUCKOO Sangat Diterima Pengguna Malaysia?

Pada yang tidak tahu CUCKOO merupakan jenama terulung peralatan rumah di Korea Selatan.
Antara yang menakjubkan, di Korea Selatan, satu unit 'pressure multi-cooker' CUCKOO dijual setiap 10 saat, dan satu unit penapis air CUCKOO dijual setiap minit!
Kini, CUCKOO berjaya menyerlahkan kehadiran jenamanya di lebih daripada 30 buah negara merentasi lima benua.
Malah, CUCKOO telah menjadi pilihan utama kebanyakan pengguna di Malaysia.
Jadi apa tunggu lagi? Rain dan Siti Nurhaliza pun yakin dengan CUCKOO okay!
Untuk keterangan lanjut tentang CUCKOO, sila lawati laman rasmi CUCKOO di CUCKOO.com.my atau laman Facebook CUCKOO di CUCKOOInternational.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live