Pelakon terkenal Korea Won Bin dikatakan bakal bersara daripada dunia lakonan.

Bagaimanapun agensi Won Bin menafikan perkara itu menerusi satu kenyataan rasmi semalam.

“Kami telah menyemak kenyataan yang dilakukan oleh pihak berkenaan dan nampaknya telah berlaku salah faham.

“Kami percaya bahawa dia diminta untuk dirujuk sebagai model dan bukan pelakon kerana ia mempunyai kesan promosi yang lebih baik dari segi perspektif jenama.

“Wakil jenama mendakwa bahawa kami meminta dia tidak dipanggil pelakon tetapi saya fikir mereka tersilap dengan kenyataan tersebut. Pihak kami tidak pernah berkata demikian.

“Ini kali pertama kami berdepan dengan situasi sebegini jadi rasa agak terkejut juga. Apa pun kami hanya boleh ketawa dengan situasi seperti ini.

Terdahulu, kami berharap semua orang tidak salah fahami keadaan berkenaan. Won Bin bakal muncul dengan bagus kelak,” jelasnya.

Terdahulu, spekulasi timbul selepas sebuah jenama pakaian golf meminta media tidak menulis gelaran Won Bin sebagai pelakon.

Sebaliknya memberitahu bahawa agensi pelakon itu yang meminta mereka merujuk Won Bin sebagai seorang model dan bukannya pelakon.

Sumber: Koreaboo