Skip to main content

Rancangan Realiti

Seriuslah ZERO Bakal Muncul Dalam Filem? Hebatnya!

zero-filem.jpg
Bintang Maharaja Lawak Mega, kumpulan ZERO bakal muncul dalam satu projek filem tahun hadapan.
 
Berita gembira itu dikongsi oleh ZERO menerusi akaun sosial media masing-masing.
 
Entri di Instagram itu juga turut disertakan dengan foto mereka bersama pengarah filem tersohor Datuk Profesor Madya A. Razak Mohaideen.
 
“Assalammualaikum. Alhamdulilah, syukur Ya Allah… Next project filem coming soon,” tulis Syaiful ringkas.
 
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut ZERO menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem berkenaan.
 
“Waalaikummussalam... Yes! Tak zabar mau tinguuk!!!” komen @airey_beez
 
“Terbaik Zero… Tidak sabar aku menengoknya...” tulis @albasri52
 
“Tak sabar. Atu confirm paling kelakar dengan watak Melati nanti jangan dilupakan,” puji @ridhwankk
 
Jangan lupa saksikan MLM2019 yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video