Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Seronok Bila Tengok Semua Yang Berkahwin Dah Ada Anak” - Izzue Islam Pinjam Anak Orang

Syafiqah Jalal 19/06/2019 | 10:56 MYT
Pelakon Izzue Islam akui gembira apabila melihat pasangan yang berkahwin dan mempunyai anak.
Menurut Izzue, 29, dia lebih teruja apabila dapat bermain dengan anak-anak mereka.
Penyanyi lagu Muzik Tiduranku yang sudah enam tahun berumah tangga dengan isterinya, Awin Nurin, 37, menerusi akaun Instagram miliknya meminta agar mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat juga.
“Seronok bila tengok semua yang dah berkahwin dah ada anak. Lagi seronok bila diorang bagi kami main dengan anak-anak diorang! Hehe..
“Doakan Izzue & @awinnurin serta mereka2 yg belum ada baby lagi dikurniakan zuriat juga suatu hari nanti k. Aminnn… Pokjue dah 6 tahun, korang?,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video bersama isterinya sedang bermain dengan seorang anak kecil.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya terutama bagi pasangan yang turut sama menanti cahaya mata dalam keluarga mereka.
Malah mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam usaha menimang cahaya mata.
Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.

Seronok bila tgk semua yg dah berkahwin dah ada anak. Lagi seronok bila diorang bagi kami main ngan anak2 diorang! Hehe.. Doakan izzue & @awinnurin serta mereka2 yg belum ada baby lagi dikurniakan zuriat juga suatu hari nanti k. Aminnn ☺️ pokjue dah 6 tahun, korang?

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

#Kahwin #Anak #Izzue Islam #Kahwin #Awin Nurin
;