HIBURAN

Seronok Dapat Jumpa, Sarimah Ibrahim Dedah Sikap Sebenar David Beckham - “Dia Sangat Rendah Diri & Peramah”

Mya Amri 10/06/2025 | 09:55 MYT
Pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi momen manis apabila berpeluang bertemu secara peribadi dengan legenda bola sepak dunia, David Beckham baru-baru ini.

Beckham rendah diri & peramah

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, difahamkan momen itu berlaku ketika Sarimah menghadiri majlis pembukaan rasmi The Londoner, anjuran Tatler Hong Kong.
Acara itu turut dihadiri suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar dan cahaya mata sulung mereka, Tunku Sofia Najihah.
Menurut Sarimah, mereka sekeluarga sempat berbual seketika dengan Beckham sebelum acara gala bermula.
Kata Sarimah, Beckham merupakan seorang yang sangat rendah diri dan peramah.
#David Beckham #Sarimah Ibrahim #Che Puan Sarimah Ibrahim