Hiburan
Seronok Main Salji Di Jepun, Achey dan Fad Bocey Rindukan Abam
Pelawak Achey dan Fad kini sedang bercuti dan merasai musim sejuk di negara Jepun sambil ditemani oleh isteri masing-masing.
Menerusi foto-foto yang dikongsi oleh oleh Achey dan Fad sebentar tadi di akaun Instagram (IG) jelas menunjukkan mereka berempat begitu teruja bermain salji dan ski di Karuizawa Ski Resort.
Bagaimanapun, ketika sedang berseronok, Achey dan Fad tetap tidak melupakan seorang lagi anggota kumpulan Bocey, Abam.
Mereka juga turut mengeluarkan telefon bimbit yang memaparkan foto Abam seolah-olah lelaki itu ada bersama mereka.
Malah kapsyen yang ditulis oleh Achey dan Fad juga sangat ‘sweet’ dan membuktikan keutuhan persahabatan mereka bertiga.
“Walaupun jauh beribu batu namun hatiku dekat padamu. Sape cakap @abam_bocik tak ikut?? Ada ni! Jauh di mata dekat di gigi. #bocey,” - Achey
“Konichiwa.. Walaupon kau jauh dimata @abam_bocik tapi tetap dekat dihati, #brotherhood #boceyloversd,” - Fad
Foto tersebut telah menerima pelbagai komen yang rata-ratanya terharu dengan ikatan persahabatan mereka.
Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto percutian Achey dan Fad yang diambil menerusi IG: