Sertai Bulan Menabung SSPN 2020 & Menangi Pelbagai Hadiah Menarik
Zulaikha Yusof
08/10/2020 03:00 MYT
08/10/2020 03:00 MYT
Tahun 2020 merupakan norma baharu untuk semua orang memandangkan negara dilanda pandemik Covid-19.
Pelbagai program dan karnival yang terpaksa ditunda atau dibatalkan bagi mengelakkan daripada timbulnya kluster dan kes yang terbaru.
Namun, pihak Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mengambil langkah bijak apabila menjalankan Bulan Menabung SSPN secara di atas talian bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020.
Ini merupakan tahun ketiga pelaksanaan Bulan Menabung SSPN selepas melihat pencapaian dan sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lepas.
Tidak perlu keluar rumah, hanya menggunakan gajet sahaja. Memandangkan teknologi dah canggih, anak-anak boleh menyertai aktiviti bersama ibu bapa masing-masing.
Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan sepanjang Bulan Menabung SSPN 2020:
• Pertanding Mewarna
• SSPN Got Talent
• Bento Chef Junior
Dalam pada itu, ada juga aktiviti yang dijalankan secara langsung di Facebook (FB) PTPTNOfficial seperti Happy Hour dan Teka Dalam Tabung.
Buat ibu bapa, jangan risau ada aktiviti khas yang anda boleh sertai iaitu Kahoot Game dan WOW! SSPN Challenge.
Kalau ada pertandingan, semestinya ada ganjaran menanti! Pelbagai hadiah menarik disediakan mampu buat anda tersenyum lebar.
Sementara itu, menerusi Cabutan WOW! SSPN-i Plus, terdapat dua kategori cabutan iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Bulanan. Tempoh promosi ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 bagi Cabutan Bulanan manakala Cabutan Tahunan pula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.
Cabutan Tahunan
Hadiah utama berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit.
Cabutan Bulanan
20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan.
Bulan Menabung SSPN ini akan berlangsung pada 1 sehingga 31 Oktober 2020 dengan tagline #mulakansekarang menerusi platform media sosial PTPTN iaitu Facebook rasmi PTPTNOfficial sempena menyambut Hari Tabungan Sedunia yang diraikan pada setiap 31 Oktober.
Bagi mengetahui keterangan lanjut, anda boleh layari www.lovesspn.com/BulanMenabungSSPN2020 dan https://www.facebook.com/PTPTNOfficial/.
Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan! Jom kita menabung!