Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sertai Perbarisan Merdeka Paskal, Hafizul Kamal Raih Sorakan Orang Ramai! - “Tabik Hormat Pada Panglima & Agong”

Azwa Rahman
01/09/2022 09:50 MYT
Pelakon Hafizul Kamal meluahkan rasa bersyukur dan bangga dapat menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2022 yang diadakan di Dataran Merdeka pada Rabu.

Menerusi laman sosial Instagram, Hafizul berkongsi video momen sewaktu dia menyertai unit beruniform pasukan Paskal untuk tatapan umum.

“Dari kecil takde rezeki nak turun Dataran. Tak tau pulak tua-tua ni dapat merasa duduk atas trak tabik hormat pada Panglima dan Agong. Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Untuk rekod, Hafizul memegang watak sebagai Imran atau Yan di dalam filem aksi Paksal The Movie arahan pengarah terkenal Adrian Teh.

Selain Hafizul, turut sama memberikan tabik hormat di atas aset Pasukan Khas Laut itu adalah Taufiq Hanafi dan Ammar Alfian.

Menerusi perkongsian berdurasi hampir 20 saat itu menunjukkan Hafizul menerima lambaian, sorakan dan tepukan yang gemuruh daripada orang ramai yang memenuhi ruangan tepi jalan sekitar Dataran Merdeka.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut sama berbangga melihat para pelakon filem Paskal The Movie menjadi sebahagian daripada pasukan elit Tentera Laut itu.

“Memang patut dapat sorakan dari orang ramai kalau segak sangat ni,” ujar seorang wargamaya.

“Tahniah bang, tumpang bangga team Paskal,” kata seorang wargamaya.

“Okay la Paskal 2 is on,” komen seorang wargamaya.

“Team Paskal The Movie tak pernah mengecawakan. Tak puas tengok sampai sekarang!” luah seorang wargamaya.

“Bestnya dapat pegi sana. Tahniah awak, semangat tu yang penting,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 25,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, filem Paskal The Movie berjaya meraih kutipan RM30 juta dan tersenarai di dalam 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi pada tahun 2018.

#Hafizul Kamal #Paskal #Filem Paskal The Movie #Perarakan Merdeka 2022