Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Sertai TikTok iQiyi Catwalk Challenge, Mana Tahu Rezeki Boleh Join Penggambaran Bersama Nazim Othman & Ruhainies

Mya Amri 07/06/2022 | 00:04 MYT

Perkhidmatan penstriman kandungan atas talian yang menyediakan hiburan pan-Asia, iQiyi International telah memulakan pengeluaran dua siri original Malaysia pertamanya berjudul Sorry Naik Lori dan Rampas Cintaku.

Kedua-dua drama tersebut dijangka akan dikeluarkan secara global dan eksklusif di platform iQiyi pada akhir tahun ini.

Sebagai memberi ganjaran kepada pengguna dan peminat drama tempatan, iQiyi juga menyediakan peluang unik untuk mereka terlibat dengan bintang kegemaran mereka di set penggambaran dan juga mengambil bahagian dalam produksi itu sendiri.

Menurut Pengurus iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam, penstriman OTT terus meningkat dan permintaan untuk kandungan Asia di rantau ini berada pada tahap tertinggi sepanjang masa.

“Sebagai Rumah untuk Hiburan Asia, iQiyi komited untuk terus menyampaikan hiburan Asia berkualiti tinggi kepada khalayak ditambah dengan pengalaman yang lebih baik selain daripada melihat kandungan kegemaran mereka.

“Tunjang utama kami menyampaikan pengalaman hiburan ini di Malaysia adalah memastikan bekalan kandungan tempatan berkualiti tinggi yang mencukupi.

“Sejak kami memasuki pasaran tempatan pada tahun 2020, kami telah melesenkan beberapa drama tempatan terbesar daripada rakan kongsi kami Media Prima dan Astro.

“Memulakan penerbitan drama asal pertama kami menandakan satu lagi kejayaan penting bagi kami sambil kami terus melabur dan mengembangkan ekosistem kandungan tempatan.

“Untuk memastikan pengguna kami menjadi teras dalam semua yang kami lakukan, kami juga mencipta pengalaman baharu dan segar buat mereka.

“Antaranya membolehkan peminat mendapat peluang untuk mengambil bahagian, berinteraksi dan menyertai kami serta bintang kegemaran mereka sepanjang perjalanan dari bermulanya produksi sehinggalah selesai.

“Cabaran yang kami cipta dengan kerjasama TikTok hanyalah yang pertama daripada banyak pengalaman lain yang ingin kami cipta bagi siri original kami untuk pengguna,” jelasnya.

Dengan kerjasama TikTok, iQiyi melancarkan "Cabaran Catwalk iQiyi" yang akan memberikan 5 pemenang bertuah peluang untuk menjadi sebahagian daripada drama dan membuat penampilan dalam penggambaran Sorry Naik Lori.

Selain itu mereka juga berpeluang memenangi ganjaran wang tunai berjumpah RM500.

Tempoh peraduan akan berlangsung dari 6-12 Jun. Butiran tambahan akan disiarkan pada akaun TikTok dan Instagram rasmi iQiyi.

A post shared by iQiyi Malaysia (@iqiyimalaysia)

Sinopsis:

Sorry Naik Lori

Bekerjasama dengan syarikat penerbitan tempatan terkenal, Tsar Asia, Sorry Naik Lori mengetengahkan genre drama komedi yang dinamik.

Mengisahkan tentang Khairul iaitu pemandu lori muda yang tinggal di Pulau Pinang bersama isterinya Nadia, seorang suri rumah.

Nadia mempunyai angan-angan untuk menjadi seorang pempengaruh atau pun media influencer.

Satu hari, posting daripada platform NikNok secara rawak mengenai dirinya di restoran menyebabkan Nadia menjadi terkenal.

Drama ini dibintangi oleh Nazim Othman, Ruhainies, Tajul, Nafiz Muaz, Sheila Mambo, Asha Zainul dan Ahmad Saffuan.

Rampas Cintaku

Berkaborasi bersama produksi terkenal, MIG Production, Rampas Cintaku dibintangi oleh pelakon Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin dan Ady Mohammad.

Drama adaptasi novel ini mengisahkan tentang Riz, seorang pemuda yang terdesak untuk keluar dari hutang, kemiskinan dan gangguan daripada pemberi pinjaman.

Riz memutuskan untuk bekerja di kelab malam kerana gaji yang lebih baik dan kemudiannya secara tidak langsung bertemu dengan ahli perniagaan wanita yang kaya dan terkenal, Datin Safieya.

Walaupun sudah berkahwin dengan Datuk Jeffri, Datin Safieya memikat Rizal dengan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya dia bersetuju menjadi ‘anak ikannya’.

#iQiyi #iQiyi International #iQiyi Original Series #Rampas Cintaku #Sorry Naik Lori
;