Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Seru Lebaran, Syamel & Erni Zakri Berduet Lagu Raya

Syafiqah Jalal
21/04/2019 07:36 MYT
Pasangan duet, Syamel dan Erni Zakri muncul dengan sebuah lagu deut terbaharu sempena syawal ini berjudul Seru Lebaran.

Menurut Syamel, ia lagu raya pertamanya dan Erni selama mereka menceburi seni muzik tanah air.

“Saya gembira kerana akhirnya saya dan Erni dapat merakamkan sebuah lagu raya sempena syawal ini buat pertama kalinya.

“Kami merakamkan lagu ini pada sebulan yang lalu dan saya akui suka dengan lagu ini kerana ia masih mengekalkan bunyi seperti lagu raya lama.

“Pada saya, lagu raya lama lebih evergreen berbanding yang bermuzik moden. Malah perjalanan merakamkan lagu ini tidak susah kerana muzik itu sendiri sudah menaikan mood raya kami,” katanya kepada Gempak.

Naib juara Akademi Fantasia 2015 itu ditemui ketika majlis Pelancaran Muzik Seru Hari Lebaran untuk album Sempurna Seadanya yang diadakan di Kita@Cybersouth Sales Gallery, Cybersouth petang semalam.

Mengulas mengenai muzik video tersebut, Erni memberitahu ia berjalan dengan sangat lancar apabila keseluruhannya hanya diadakan di sebuah rumah yang disediakan oleh LBS di Kita@Cybersouth Gallery, Cybersouth.

“Muzik video ini menjalani penggambaran di sebuah rumah contoh yang disedaiakn oleh LBS Bina Group Berhad.

“Ia sangat selesa dan kena dengan konsep lagu kami yang moden sesuatu dengan mood raya.

“Malah keseluruhan muzik video berjalan dengan lancar apabila ia berjalan selama setengah hari sahaja,” katanya lagi.

Seru Lebaran meruapakn satu daripada 10 buah lagu yang dimuatkan dalam album Sempurna Seadanya terbitan LBS Bina Group Berhad.

Selain Syamel dan Erni, penyanyi olain yang turut terlibat adalah Sufie Rashid, Masya Mashitah, Usop, Zizan Razak, Hael Husaini dan Ara Johari.
#Penyanyi #Syamel #Penyanyi #Lagu raya #Erni Zakri
;