Hiburan
Servis Bola Pakai Skirt Labuh, Alih-Alih Tangan Rita Rudaini Pula Lebam Gara-Gara Main Bola Tampar
Pelakon Rita Rudaini berkongsi keadaan tangannya yang lebam dan berbalut selepas cedera bermain bola tampar.
Menerusi Instagramnya, Rita memberitahu dia curi-curi bermain bola tampar ketika sedang menunggu kru set up.
"Cari penyakit. Sambil tunggu kru set up set, curi-curi main volleyball," tulisnya.
Dalam sepotong video yang dikongsikan bersama, Rita mempamerkan aksi mantap memulakan servis bola biarpun hanya berskirt.
Selain mendapat sorakan, peminat yang berada di sekeliling gelanggang turut bersorak melihat aksi bersahaja Rita.
Sementara itu, peminat yang prihatin dengan keadaan Rita menasihatkan pelakon untuk untuk sentiasa menjaga diri dan berhati-hati sekiranya ingin bersukan.
"Bola tu span kurang or terlampau keras kak? Antara sbb boleh lebam, dia kalau org dah biasa main takde hal kulit tangan dah liat susah nak lebam, akak cari penyakit," tulis @mnurzairy.
"First time memang macam tu... Lagipun ada cara nak hantar bola... Semoga cepat sembuh," tambah @ayuninini.
"Bila salah pukul bola memang akan jadi macam tu.. Tempat yang betul di kawasan bawah ibu jari sebelum pergelangan tangan," tulis @izaharun.
Must-Watch Video