"Sesiapa Fitnah Cik Lan Sunatkan Korang!" - Roslan Shah Back Up Hady Mirza

Amri Hassan
Ogos 1, 2018 06:13 MYT
Pengacara sensasi, Roslan Shah memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan perkara tidak sahih berkenaan juara Singapore Idol, Hady Mirza.
Baca: Disyaki Terlibat Dengan Kesalahan Dadah, Hady Mirza Ditangkap
Tegas Roslan, dia mengenali keperibadian Hady dan menegaskan penyanyi itu bukan seperti yang disangka ramai.
"Walaupun dia sudah berhenti menyanyi, tolong jangan aibkan keluarga dia dan masukkan di FB anda untuk memalukan dia pasal kes dia.
"Anda tahu ke dia salah atau tidak salah? So janganlah cakap yang bukan bukan tentang diri dia.
"Awas ya... sesiapa fitnah Cik lan sunatkan korang nanti ya ....Awas!" tulisnya di Instagram bersama sepotong video.
Tambah Roslan, dia sentiasa akan memberikan sokongan penuh buat Hady walau apa pun yang terjadi.
"Dia seorang yang baik dan hormati kepada sesiapa saja. Solat pun tak pernah tinggal.
"Cik Lan selalu berjumpa dia semasa berniaga bersama sama di Singapore Expo.
"Ibunya sangat baik dan isterinya orang Johor pun sangat humble.
"Warning kepada anda di luar sana tolong delete gambar dia yang anda post di FB
"Tolong hormati keluarga dia ya.
"Hady Mirza, Cik Lan tetap di belakang Hady ya. Doakan yg baik baik ya," tambahnya.
Hady didakwa telah ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah baru-baru ini.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @realroslanshah
#Viral #Dadah #Roslan Shah #Viral #Hady Mirza #Singapore Idol