Laman Utama
"Sesiapa Pakai Mask Dia Komunis" - Buat Hal! Wanita Kulit Putih Berdegil Tak Nak Pakai Mask Dalam Mall
Kecoh di laman Twitter apabila seorang wanita kulit putih enggan memakai pelitup muka sewaktu ingin memasuki sebuah butik jenama antarabangsa di sebuah pusat beli-belah popular di ibu kota baru-baru ini.
Menerusi video yang dirakam berdurasi 23 saat itu, kelihatan wanita kulit putih berkenaan turut merakam situasi tersebut dan dilihat enggan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh butik berkenaan.
Advertisement
Pada ciapan yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, difahamkan wanita bangsa asing itu melabel mereka yang menggunakan pelitup muka sebagai komunis.
Pengguna Twitter berkenaan turut memuji kakitangan butik yang enggan membenarkan wanita tersebut masuk kerana jelas sekali dia tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Selain itu, pengguna Twitter yang sama turut meminta agar pusat beli-belah dan Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk mencari wanita terbabit.
Meninjau ruangan balas, ramai yang tertanya, bagaimanakah wanita itu boleh masuk ke pusat beli-belah berkenaan tanpa memakai pelitup muka.
Selain itu, ada juga yang mencadangkan supaya laporan polis dibuat agar pihak berkuasa dapat memberi hukuman setimpal kepadanya.
Mengambil contoh negara Asia lain, ada juga netizen yang mencadangkan supaya Visa atau status penduduk tetap individu bukan warganegara yang melanggar SOP sewaktu pandemik ditarik semula.
Untuk rekod, pengunjung yang ingin mengunjungi kedai-kedai di pusat beli-belah perlulah lengkap dua dos vaksin dan memakai pelitup muka sepanjang berada di premis. Selain itu, penjarakkan sosial masih lagi ditekankan oleh kerajaan.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video