"Sesiapa Yang Beri Komen Negatif, Saya Akan Terus Block" - Farahdhiya

Amri Hassan
Julai 13, 2018 09:22 MYT
Baru-baru ini, penyanyi Farahdhiya telah memuat naik sekeping gambar ketika menghadiri majlis di Istana Negara menerusi akaun Instagramnya dan ia telah mengundang perhatian netizen.
Salah seorang netizen telah menegur bahagian perut penyanyi tersebut, menurutnya, perut Farah kelihatan buncit dan badannya agak berisi.
Namun begitu, penyanyi yang popular menerusi lagu Bertahta Di Hati ini menafikan perkara itu dengan membalas komen individu tersebut.
"Itu hanya kilauan dari baju bukan perut buncit, terima kasih," tulisnya.
Dalam entri yang lain, Farah turut menyindir golongan netizen yang suka melemparkan kata-kata negatif di media sosial.
"Kadang-kadang, orang akan mencari kesalahan kita, dan jika mereka tidak mencarinya, mereka akan mencipta sesuatu yang boleh dikatakan salah.
"Jika ada kata-kata negatif yang anda tinggalkan di Instagram saya, saya akan terus block anda," tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Farah telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Pujangga dan ia telah dimuat naik di Youtube sejak dua bulan lepas.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Farahdhiya
#Farahdhiya