Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Sesiapa Yang Pernah Menyakiti Saya, Kamu..." -Ini 'Hadiah' Jep Sepahtu Beri Sempena Birthday..

ZULHILMI JALIL 09/04/2020 | 08:27 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengambil keberkatan malam Nisfu Syaaban yang jatuh pada malam hari ulang tahun kelahirannya untuk saling bermaafan dengan semua orang.
Bahkan, pada masa sama, Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin yang genap usia 35 tahun hari ini turut memohon kemaafan daripada semua pihak atas segala kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
"Malam ni (malam semalam) malam Nisfu Syaaban. Malam ini juga malam ulang tahun kelahiran saya. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya pernah menyakiti kamu semua dari segi perbuatan mahu pun tutur kata.
"Sesiapa yang pernah menyakiti saya, kamu tiada dosa dengan saya. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita semua. Jika Allah izinkan, harap kita semua bertemu di syurga kelak. Salam kasih sayang 9.4.85," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram malam tadi.

Malam ni malam Nisfu Sya'ban. Malam ini juga malam ulang tahun kelahiran saya ?. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya pernah menyakiti kamu semua dari segi perbuatan mahu pun tutur kata. Sesiapa yang pernah menyakiti saya, kamu tiada dosa dgn saya ?. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita semua. Jika Allah izinkan, harap kita semua bertemu di syurga kelak ❤️ Salam Kasih Sayang 9.4.85

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Sementara itu, isteri yang juga merupakan pelakon Sari Yanti turut memberikan ucapan dedikasi khas buat suaminya sempena hari ulang tahun kelahiran yang diraikan hari ini, 9 April.
"Selamat hari lahir buat suamiku @jepsepahtu. Banyak cerita datang dan pergi tapi kisah kita kekal dalam hati. Semoga Sayang jadi insan yang Allah sayang dan rahmati di dunia dan di akhirat.
"Semoga selalu punya hati yang tenang dan bahagia. Sihat dan sejahtera," tulisnya menerusi satu entri di Instagram miliknya.

Selamat hari lahir buat suamiku @jepsepahtu . Banyak cerita datang dan pergi tapi kisah kita kekal dalam hati. Semoga Sayang jadi insan yang Allah sayang dan rahmati didunia dan di akhirat. Semoga selalu punya hati yang tenang dan bahagia. Sihat dan sejahtera ❤ . . Buat hati yang pernah tergeletek, bibir yang pernah tersenyum dan ketawa dek gelagat suami saya. Tolong Doakan Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin agar dijaga Allah swt imannya.. diuruskan Allah urusannya, di rahmati dari dunia hingga akhirat. Terima Kasih semua . ? semoga yang lebih baik untuk kalian semua. Insyaallah ? . Gambar throwback. Jangan macam macam . ? kekal dirumah ya .

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Jep mendirikan rumah tangga dengan Sari pada 25 Februari 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara, 2 dan mereka kini sedang menunggu kelahiran anak kedua.
Dalam pada itu, jangan lupa tonton semula Sepahtu Reunion Live 2020 menggunakan telefon pintar anda menerusi aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
#Jep Sepahtu #Birthday #Sari Yanti
;