Hiburan
"Sesiapa Yang Pernah Terguris Hati, Saya Mohon Maaf" - Haqiem Rusli Mohon Netizen Supaya...
Penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli memohon maaf kepada orang ramai sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat umrah.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi satu posting di laman Instagramnya.
"Di sini saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang saya pernah mengguris hati.
"Maafkan saya, saya nak gerak untuk tunaikan ibadah umrah. Doakan untuk saya," katanya pada posting berkenaan.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen serta peminatnya menitipkan doa supaya perjalanan Haqiem sebagai tetamu Allah berjalan lancar.
Tidak kurang juga yang mendoakan supaya Haqiem memperoleh umrah yang mabrur
Terdahulu, Haqiem pernah mendedahkan hasratnya untuk menunaikan ibadat berkenaan bersama keluarga besarnya.
Jelas Haqiem, hajatnya itu adalah untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapanya.