Berita
"Sesungguhnya Pilihan Tek Tepat, Membantu Anak Yatim Besar Pahalanya" - Issey Kongsi Mesej Arwah Ibu Ketika Birthday Terakhirnya
Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham mendedahkan kepada umum mesej yang pernah dihantar arwah ibunya ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang terakhir.
Dalam kiriman mesej menerusi WhatsApp yang diterima, ibunya Asiah Haron merestui hubungannya dengan Noor Aimi Jamel yang kini sudah sah bergelar isterinya.
"Terima kasih Tek. Sempena hari jadi ni, Ma nak beritahu, Ma sayang sangat-sangat kat Tek. Harapan agar Tek direstui oleh Allah.
"Sesungguhnya, pilihan Tek tepat, membantu anak-anak yatim besar pahalanya. Allah amat suka sekali," tulis ibunya seperti yang dikongsikan Issey dalam posting di Instagram miliknya.
Mesej yang disimpan Issey itu diterimanya genap setahun lalu pada 15 April 2019 ketika sambutan ulang tahun kelahiran ibunya.
"'Tek' nama panggilan arwah Ma dekat aku. Ni ucapan terkahir birthday untuk arwah Ma tahun lepas. Tarikh hari ini.
"Masa ni Ma dah sakit. Tapi masih gagah untuk balas WhatsApp aku. Masa ni Ma sudah tahu aku kawan dengan @aimi_jamel.
"Anak-anak yatim yang dimaksudkan tu ialah anak-anak @aimi_jamel dan Alhamdulillah, sekarang dah jadi anak aku. Rindulah Ma," jelasnya.
Ibu Issey meninggal dunia akibat serangan jantung pada 23 Julai 2019.
Selepas pemergian ibunya, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 33, mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal anak tiga Nor Aimi Mohamed Jamel, 33 pada 22 Disember lalu.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Issey di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.