Restoran milik Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan iaitu restoran Chef Wan’s Kitchen di Esplanade, Singapura ditutup selepas setahun beroperasi.

Menurut Chef Wan, restoran tersebut ditutup disebabkan beberapa perkara yang berada di luar kawalannya.

“Saya tidak katakan tukang masak Singapura bagus atau tidak. Namun chef-chef yang bekerja di situ tidak menghasilkan masakan mengikuti resipi-resipi saya.

“Pergi bandingkan lontong saya dengan lontong dia atau nasi lemak saya dengan nasi lemak dia, cukuplah. Berbuih-buih cakap berhari-hari hantar gambar, hari-hari buat macam-macam.

"Saya lega dengan penutupan ini. Kalau boleh nak sedekah pisang kat masjid. Jadi tak payah pening kepala. Tak payah tengok macam mana chef-chef Singapura itu nak kena maki hamun siang malam pun tak buat jugak.

“Sedangkan saya buat di Mandarin Oriental Hotel KL hari-hari. 800 orang saya sajikan semua hari-hari tidak ada masalah pun," katanya.

Difahamkan Chef Wan’s Kitchen yang dibuka pada Julai 2017 itu merupakan kerjasama Chef Wan dengan rakan kongsi di Singapura.

Sumber: Sinar Harian