Laman Utama
Setahun Covid-19... Dr. Izzar Dedah Ada Frontliner Jumpa Pakar Sakit Jiwa, Kena Ugut
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang sentiasa mengeluh terhadap cara kerja frontliner.
Kongsinya, ada yang mengugut malah merungut dengan servis dan makanan di hospital.
"Bila kami dah dapatkan katil di hospital dan ambulans datang awal, marah kat kami sebab kenapa awal sangat? Mak saya tak sempat nak bersiap. Pastu marah kata di tempat mak dia pergi tak selesa. Dihubunginya pegawai penyiasat kes mak dia dan ugut-ugut lagi.
"Bila dah buat test Covid-19 sendiri kat swasta dikatanya positif (taktau test jenis apa). Diugut kata keluar tempat awam. Sebab Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tak call dia. Padahal dah call.
"Bila kita dah selamatkan orang tu, dah selamat keluar ICU semua, ada hati nak mengadu kata makanan hospital tak sedap.
"Bila dah kata operasi kedai makan sampai pukul 8 malam, kita extend la lagi sampai 10 malam. Takde hal," luahnya menerusi entri di Instagram.
Kini genap setahun Malaysia dibadai pandemik Covid-19 yang masih belum berkesudahan.
Melihat dari perspektif petugas kesihatan barisan hadapan, kata Dr. Izzar lagi tekanan turut dirasai apabila ada antara frontliner yag bertugas tanpa henti hingga menjejaskan kesihatan sendiri.
"Sekarang dah genap lebih setahun petugas-petugas kesihatan bekerja tanpa henti ni.
"Ada kawan-kawan saya yang dah rujuk ke psychiatrist sebab dah stress melampau. Kerja tanpa henti. Beban kerja bertambah dan macam-macam lagi," tambahnya.
Pesan Dr. Izzar agar rakyat Malaysia bersikap lebih matang dalam usaha membendung Covid-19.
"Rakyat Malaysia tolonglah bersikap matang. Faktor utama sama ada kita nak lama lagi atau tak dengan Covid-19 ni adalah sikap kita sendiri. Degil taknak patuh SOP.
"Rasa diri kebal, takpelah demam sikit-sikit je pastu pergi kenduri. Alah buka mask kejap je pun dan macam-macam lagi.
"Kita dah nampak kesan dari cuti Krismas dan New Year tu sekarang. Ramai pergi melancong, berjalan dan kenduri sakan masa tu. Lepas tu masuk tempat kerja jangkit rakan sekerja pula.
"Sebab tu kes naik sampai ke 4 angka tiap-tiap hari sekarang. Pastu tanya bila kes nak turun ni?
"Kes positif sekarang empat angka tiap-tiap hari. Dulu 2 angka pun dah gelabah. PKP sekarang ni macam takde apa pun.
"Dahla penat. Kitorang fokus buat kerja kitorang. Tak payahlah menambah beban petugas-petugas kesihatan dengan benda remeh dan menyusahkan. Matanglah sikit," keluhnya.