Penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi keadaan kesihatan dirinya selepas terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian lututnya di sebuah pusat perubatan baru-baru ini.

Menurut PU Amin, dia kini masih lagi perlu bergantung kepada tongkat untuk berjalan selepas lebih dua minggu pembedahan dijalankan.

"Alhamdulillah dah boleh jalan sikit-sikit dengan bantuan tongkat.

"Hari ke 17 lepas pembedahan ACL (Anterior Cruciate Ligament).

"Berkat usaha fisioterapi, kaki dah boleh lurus, otot paha dah hidup balik, cuma sekarang ni kaki kanan boleh bengkok 50 darjah sahaja," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Alhamdulillah dah boleh jalan sikit sikit dengan bantuan tongkat ? . Hari ke 17 lepas operation ACL. Berkat usaha fisio kaki dah boleh lurus, otot peha dah hidup balik, cuma sekarang ni kaki kanan boleh bengkok 50’ je. Setahun juga lah gantung boot bola lepas ni ? Kepada semua yang sedang melalui rawatan pemulihan ACL macam saya, saya doakan anda semua cepat sembuh. Inshaallah. Harap harap cepatlah sembuh, tak larat nak pakai tongkat je ni. Kalau ada info best best untuk pulihkan lutut lepas operate ACL ni share la. ✌?

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Katanya lagi, dia kini terpaksa akur apabila perlu melupakan seketika aktiviti bersukan.

"Setahun jugalah gantung but bola lepas ini. Kepada semua yang sedang melalui rawatan pemulihan ACL macam saya, saya doakan anda semua cepat sembuh.

"Inshaallah. Harap harap cepatlah sembuh, tak larat nak pakai tongkat sahaja ni. Kalau ada info menarik untuk pulihkan lutut lepas pembedahan ACL ni, kongsilah," katanya.

Sebelum ini, PU Amin memaklumkan bahawa lututnya mengalami kecederaan sewaktu bermain bola sepak.

BACA: Urat Lutut Putus Gara-Gara Main Bola Sepak, PU Amin Terpaksa Jalani Pembedahan