,
Laman Utama

Setahun Lebih Terpisah, Hisyam Hamid Syukur Dapat Balik Jumpa Keluarga Di Singapura

Mya Amri
13/09/2021
08:45 MYT
Pelakon Hisyam Hamid bersyukur akhirnya dapat pulang ke Singapura untuk bertemu keluarga selepas lebih 13 bulan berada di Malaysia kerana situasi semasa COVID-19.
Selain pandemik, Hisyam yang pulang ke Singapura pada 27 Julai lalu itu juga terikat dengan komitmen kerjaya seni di negara ini.
Menurut Hisyam, dia menjalani kuarantin selama dua minggu sebelum dibenarkan bertemu keluarga.
"Bagaimanapun saya hanya dapat bertemu isteri dan anak anak hanya pada 10 0gos lalu selepas menjalani kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel.
"Dapat melepas rindu akhirnya yang tak terbendung selama ini. Bayangkan kerana situasi tak terduga ini, saya juga buat kali pertama sambut Ramadan dan Syawal tanpa mereka.
"Selain dapat menghabiskan masa dengan mereka, saya paling takjub dapat meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan dengan isteri dalam sebuah sesi makan berdua di sebuah restoran. Moga perkahwinan kami akan kekal sampai syurga," katanya.
Malah aktor yang popular menerusi drama Ariana Rose itu juga berkata, dia cuba memanfaatkan kesempatan yang ada sebaik mungkin.
"Selepas setahun lebih tak bersama keluarga, jadi saya cuba penuhi masa yang ada dengan mereka. Setiap hari ada saja aktiviti dilakukan bersama. Saya juga cuba selit masa berjumpa rakan taulan.
"Rutin harian saya kini selepas bangun Subuh, hantar anak (Nurish Syameliah dan Hayden) ke sekolah. Selepas itu, saya bakar kalori dengan berjoging. Tengah hari macam itu, jemput semula anak dari sekolah.
"Kalau ada masa juga, saya akan bantu isteri menguruskan jualan barangannya di butik. Malah saya juga tolong isteri buat sesi siaran langsung di media sosial untuk mempromosikan barangan dijual. Khidmat penghantaran barangan jualan pun sesekali saya buat," katanya.
Ketika ini Hisyam berkata, dia masih menunggu isyarat daripada stesen TV dan produksi drama Cukup Derita Itu yang terhenti kerja penggambaran kerana sekatan pergerakan penuh Jun lalu.
Drama arahan Along Kamaludin itu hanya sempat disiarkan hingga episod 20. Baki penggambaran untuk episod 21 hingga 40 belum bermula lagi hingga kini.
"Kalau sudah dapat pengesahan untuk memulakan penggambaran kembali, barulah saya balik ke Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Hiburan

Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

gempak
08/11/2024
13:50 MYT
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari mencuri tumpuan apabila berseloroh mengenai lakonan isterinya itu dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Viral

Keluarga 6 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Penjara Narathiwat Rancang Lantik Peguam

gempak
06/11/2024
11:05 MYT
Keluarga enam rakyat Malaysia yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah di sebuah hotel di Golok, Thailand Jumaat lalu sedang mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi membantu mereka dalam kes itu.
Filem

‘Bromance’ Yang Berjaya! Gandingan Zul Ariffin Dan Ropie Dalam Don Dukun Ketengahkan Filem Komedi Seram Bersifat Keluarga

gempak
02/11/2024
07:50 MYT
Penerbit Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan filem terbitannya iaitu Don Dukun adalah filem komedi seram yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.
Viral

“Nenek Tua Ini Menyeramkan” - Aleeya Zailan Kongsi Pengalaman Keluarga Diekori Nenek di Pusat Beli-Belah

gempak
01/11/2024
07:55 MYT
Usahawan kosmestik Aleeya Zailan telah berkongsi detik cemas apabila keluarga diekori oleh seorang nenek tua ketika mereka sedang membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di China.
Unitar