Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Setahun Menyepi, Hantaran Fazura Di X Bikin Netizen Kecoh - “Hint Ke Ni?”

Asyraf Roslan
03/10/2024 06:25 MYT
Selepas setahun tidak aktif di platform X, pelakon dan usahawan, Fazura hari ini membuat sebuah hantaran di platform tersebut.


Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41 membuat hantaran tersebut bagi membalas sebuah ciapan seorang individu yang bercakap mengenai masalah rumah tangga yang pernah dihadapinya.


"Assalamualaikum sis. Sending you the biggest hugs and love that I can possibly give. Stay strong!" balas Fazura.

Hantaran yang dibuat Fazura berjaya menarik perhatian netizen dan berasa seperti Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 itu sedang memberi ‘hint’.



Pada masa sama, Netizen juga memberikan kata-kata semangat buat pelakon yang popular dengan filem Pisau Cukur itu.

"Sending loves and hugs to you Kak Faz"

"Sending luvvvvvv to Kak Fazz"

"Stay strong Akak Fazura"

"Sending hugs to mommy nyamma, Lovey ou Kak Faz," kata netizen di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul IG Baharu Nur Fatima Aisya, Hanya 'Collab' Ucapan Hari Jadi Dengan Fazura

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Ceria Fazura Ke Mahkamah Jadi Persoalan, Pengurus Minta Henti Buat Spekulasi - “Setiap Malam Dia Menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha Menangis Terkenang Dugaan Rumah Tangga Fazura - “Saya Juga Pernah Lalui Kegagalan…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Hormat Dan Beri Mereka Ruang”- Scha Alyahya Mohon Netizen Faham Situasi Fattah & Fazura


Sebelum ini, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.


Difahamkan permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

#Fattah Amin #Fazura #Platform X #Hint
;