Setahun Pernikahan Fazura & Fattah, Ini Ucapan Bersemut Pasangan Itu Satu Sama Lain

Amri Hassan
November 27, 2018 01:49 MYT
Setahun lalu, pernah pasangan merpati dua sejoli ini, Nur Fazura dan Fattah Amin mencetuskan satu keresahan.
Tidak kira buat peminat mahu pun pengamal media, majlis pernikahan pasangan itu ibarat satu misteri dan ditunggu-tunggu sepanjang tahun.
Langsung tiada khabar rasmi mahu pun hebahan kepada umum, sedar-sedar pasangan itu sudah selamat diijabkabulkan pada tanggal 27 November tahun lalu.
Melewati fasa setahun pernikahan mereka, sudah pasti pelbagai cerita menarik dinantikan peminat saban waktu.
Namun, kami kongsikan bait-bait ucapan manis daripada Fazura dan Fattah sempena meraikan ulangtahun perkahwinan pertama mereka hari ini.
Mengimbas kembali kenangan pertama kali disatukan dalam set drama Hero Seorang Cinderella, Fazura menyifatkan Fattah lelaki yang berjaya memecahkan tembok yang dibina selama ini.
Manakala, Fattah pula memanjatkan syukur dan melihat Fazura sebagai isteri paling sempurna.
Fazura dan Fattah disatukan menerusi drama rantaian popular Hero Seorang Cinderella pertengahan tahun 2017.
Daripada kawan menjadi kekasih dan akhirnya pasangan itu melayari bahtera perkahwinan.
Selamat ulangtahun perkahwinan buat pasangan Fazura dan Fattah. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke syurga!
#Fattah Amin #Nur Fazura #Anniversary