Berita
"Setakat Kisah Laki Kau Ada Affair Dengan Pondan Depan Rumah, Apalah Sangat"- Shahrulezad Nak Buat Drama Papar Sisi Gelap Masyarakat?
Pengarah dan penerbit Radius One, Shahrulezad Mohameddin mendakwa bahawa rakyat di negara ini belum cukup terbuka untuk menerima kehadiran drama yang mengangkat kisah penyakit sosial yang wujud dalam masyarakat hari ini.
Pengarah drama Nur itu memberitahu, rata-rata penonton masih lagi mendambakan karya-karya yang menonjolkan kisah cinta dan fantasi sahaja.
"Realitinya majoriti penonton Malaysia belum seterbuka mana. Mereka lebih gemar melayan kisah cinta fantasi cintan-cintun yang temanya masih lagi tak boleh move on dari zaman filem Badol lagi.
"Jadi, nak tak nak stesyen televisyen dan pengarah macam abam terpaksa melayan fantasi ini demi bisnes. Sekali-sekala jika di izinkan Allah barulah abam diberi peluang buat cerita-cerita sisi gelap masyarakat yang semakin aneh-aneh penyakit sosialnya," luahnya di Instagram.
Pengarah drama Nur itu meluahkan hal tersebut selepas berkongsi paparan status seorang pengguna Twitter yang memaparkan mesej perbualan seorang seorang suami yang meminta lelaki lain meniduri isterinya.
Bahkan, menurut Shahrulezad, itulah realiti yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang mungkin menghentam dirinya apabila kisah benar sebegitu diketengahkan kepada umum dalam bentuk drama.
"Itu cuma secebis penyakit sosial akhir zaman yang melanda masyarakat kita. Setakat kisah laki kau ada affair dengan pondan depan rumah apalah sangat kan.
"Zaman sekarang ini macam-macam kisah pelik dalam rumah tangga yang tak masuk akal telah berlaku.
"Tak payah lah cadangkan abam buat drama berdasarkan kisah benar ini. Abam skeptikal penonton kita bersedia berdepan dengan realiti hitam seperti ini. Baru buat watak hero pakai baju putih sokmo pun dah ramai merentan macam nak runtuh langit dunia tak bersedia nak terima," luahnya di Instagram.
Perkongsian tersebut kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut termasuk golongan artis sendiri.
Bagaimanapun, ada juga menyokong agar drama sebegitu perlu dihasikan bagi membuka mata masyarakat.
"Okay bang...on je cerita macam ni. Mesej mendalam tu yang penting," komen Fizo Omar.
Shahrulezad sebelum ini pernah menghasilkan drama Nur. Drama tersebut pernah menerima pelbagai kecaman hanya kerana memaparkan sisi gelap golongan penunggang agama.
Must-Watch Video