“Setakat Mengurung Rakyat Sudah Tidak Lagi Relevan,” - TMJ
04/07/2021 23:09 MYT
Menurut baginda, prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan ketika ini patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih.
“Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk.
“Di samping itu, masalah sosioekonomi juga tertimbul akibat situasi ini yang berpanjangan.
“Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih.
“Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” titahnya.
Pada masa sama, baginda turut menitahkan agar proses vaksinasi untuk bangsa Johor dipercepatkan melalui pelbagai inisiatif, termasuk untuk kerajaan negeri Johor memperolehi vaksin secara pembelian terus.
“Dengan ini, saya berharap kita akan berjaya mengatasi pandemik ini. Allah Peliharakan Sultan,” titahnya.
Baginda bertidah demikian menerusi satu posting di Facebook rasminya, malam semalam.