Bukan calang-calang individu boleh berkolaborasi dengan rangkaian kedai kopi terbesar dunia, Starbucks.

Jika sebelum ini, pereka fesyen antarabangsa seperti Anna Sui, Vivienne Tam dan Paul & Joe pernah berkolaborasi dengan Starbucks, kali ini tiba giliran Rico Rinaldi pula.

Bertapak lebih 11 tahun dalam industri fesyen tempatan, kolaborasi ini menjadi penanda aras baharu di Malaysia.

Berikut kami senaraikan 5 fakta menarik tentang kolaborasi ini.

1. Koleksi eksklusif tumbler dan mug dikeluarkan sempena bulan kemerdekaan tahun ini.

2. Ada tiga rekaan yang terdiri daripada unsur-unsur alam iaitu udara, laut dan hutan.

"Ketiga-tiga rekaan ini mewakili seluruh Malaysia iaitu harimau, burung kenyalang dan penyu.

"Ketiga-tiganya menceritakan tentang kepupusan dan ancaman dunia moden," katanya.

3. Road tour untuk mempromosikan koleksi eksklusif ini akan diadakan di beberapa lokasi seluruh Malaysia antaranya Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

4. Starbucks pernah menjalinkan kerjasama sebagai penaja bersama 'food & beverage' dalam beberapa siri pertunjukan fesyen Rico Rinaldi sejak 2016.

5. Edisi khas Rico Rinaldi ini boleh didapati di semua cawangan Starbuck bermula 31 Ogos dengan harga RM150 (The Double Walled Mugs) dan RM168 (Thermos Tumblers).