Penyanyi Najwa Latif kembali merancakkan industri hiburan tanah air dengan single terbaru.

Menerusi laman sosial Instagram, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 24, memuat naik lagu terbarunya yang berjudul KLIA (Kau Lupa Itu Aku).

“Alhamdulillah, after 8 years of waiting, finally it’s out!

“Go check it out kalau awak free okay, thank you,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menerusi hantaran tersebut juga, Najwa sempat berkongsi sedutan muzik video rasmi lagu tersebut.

Alhamdulillah. After 8 years of waiting, it’s finally out! Go check it out kalau awak free okay? Thank you

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on


Lagu KLIA merupakan ciptaan Najwa sendiri lapan tahun yang lalu bersama kakaknya, Ika Latiff.

Rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah dan terima kasih kerana Najwa kembali dengan sebuah karya yang menyentuh hati.

Menceritakan kisah pasangan yang terpaksa berpisah demi mengejar cita-cita, ramai netizen yang memberikan komen bahawa mereka boleh ‘relate’ dengan bait-bait liriknya.

Malah, ada diantara mereka yang sudah ‘jatuh cinta’ pada lagu KLIA biarpun pertama kali mendengarkannya.

Di laman YouTube Najwa pula yang kini memiliki 243,000 pengikut, muzik video berdurasi hampir lima minit itu mencuri tumpuan peminat-peminatnya.

Sedikit info terbaru tentang penyanyi ini, Najwa lulus cemerlang 4 flat dalam pengajian peringkat sarjana Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua di Universiti Malaya.

Dia juga dijangka akan bergraduasi tidak lama lagi.


BACA: http://www.gempak.com/artikel/22407/saya-putus-cinta-ketika-sambung-master-tapi-najwa-latif-bukti-mampu-dapat-4-flat-peringkat-master-bergraduasi-tak-lama-lagi