Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Setelah Berbelas-Belas Jam…”- Selamat Bersalin, Ain Edruce Minta Teka Jantina Bayi

Syafiqah Jalal 20/05/2021 | 04:21 MYT
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan swasta, malam tadi.
Menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, dia mengambil masa yang lama menunggu sebelum anaknya dilahirkan.
“Setelah berbelas-belas jam di dalam hospital, akhirnya saya bersalin,” katanya ringkas menerusi perkongsian dalam InstaStory miliknya.
Bagaimanapun Ain tidak memperincikan butiran kelahiran termasuk jantina bayi.
Sebaliknya, Ain menerusi satu lagi perkongsian InstaStory mengajak peminat membuat tekaan terlebih dulu sebelum memperkenalkan si kecil kepada umum dalam masa terdekat.
Terdahulu, beberapa jam sebelum memasuki dewan bersalin, video bintang drama bersiri Kekasih Paksa Rela itu menunggu saat melahirkan tular di media sosial.
Ramai teruja mengikuti perkembangannya yang masih aktif bermain aplikasi TikTok sambal berkongsi momen manis bergelar ibu walaupun sedang melalui kontraksi.
Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas beberapa bulan mengikat pertunangan.

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

#Bersalin #Baby #Beranak #Ain Edruce #Jantina
;