Hiburan
Setelah Dikatakan Hadir Ke Pejabat Agama Islam, Puteri Sarah Kongsi Petikan Curang
Rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof tiba tiba menjadi perhatian. Sehingga kini masih belum ada yang mengetahui situasi sebenar rumah tangga pasangan selebriti ini.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini Puteri Sarah, 34, berkongsi petikan berkaitan dengan curang.
"Curang adalah pilihan. Bukan kesalahan. Curang ni perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa 'lock' phone, kena fikir ayat untuk tipu.
"Terlalu susah untuk curang. Lebih baik setia," kongsinya di Instagram Stories semalam.
Dalam pada itu, menerusi posting yang berbeza Puteri Sarah berharap agar tahun 2021 akan memberi kebahagian terhadap dirinya dan anak-anak.
"Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak.
"Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik...Insya-Allah," tulisnya.
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut berkongsi lokasi kedudukannya yang berada di Ipoh, Perak.
Terdahulu, media melaporkan kelibat Puteri Sarah berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.
Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .
Selain itu, di Instagram, Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.
Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.
Must-Watch Video