Hiburan
Setelah Sekian Lama Tanpa Sosok Seorang Ayah, Najwa Latif Syukur Dapat Kasih Sayang & Pelukan Dari Bapa Mentua - “Lain Macam Perasaan Dia”
Penyanyi Najwa Latif mengakui beruntung akhirnya memiliki sosok seorang lelaki yang bergelar ayah biarpun hanya seorang ayah mentua.
Dapat Kasih Sayang Bapa Mentua
Menurut Najwa, dia teruja apabila dapat merasakan kasih sayang seorang ayah setelah sekian lama tidak merasai nikmat tersebut.
Kongsi Najwa lagi, dia juga teruja apabila paparan skrin telefon tertulis nama ‘Ayah’ apabila ayah mentuanya itu menelefonnya.
“I would say, it's like getting a really big hug after being strong for so long.
“When I got married kan, bila Ayah Akwa call (sebab Akwa jenis susah angkat phone), keluar perkataan "Ayah" on my phone pun, wawa rasa cam woahhhh.
“Lain macam perasaan dia. Alhamdulillah, Allah bagi Wawa tunggu lama sikit tapi ada rezeki rasa nikmat mempunyai figure itu secara healthy.
“Tu tak borak Wawa dapat the first hug lagi. Wawa nangis dekat Akwa. Memang banyak lah Akwa kena hadap wawa emosi,” kongsinya positif.
Najwa membuat kenyataan tersebut apabila menjawab persoalan peminat mengenai hal tersebut di Instagram Stories.
Teruja Jumpa Keluarga Besar Suami
Pelantun lagu Kosong itu turut berkongsi pengalaman berjumpa dengan keluarga besar suaminya yang juga penyanyi rap, Akwa Ariffin di Kelantan baru-baru ini.
“Wawa and Akwa tak berkesempatan lagi jumpa family belah ayah from the day we nikah.
“Untuk Akwa, dia ada jumpa sebelum kahwin. Wawa ni langsung tidak. 2 nak masuk 3 tahun dah.
“Alhamdulillah haritu kakak ipar Wawa tanya ada sesiapa nak balik sekali,” kongsinya lagi.
Untuk info, ayah Najwa iaitu Abdu Latif Ismail sah bercerai dengan ibunya pada 2008.