Setiap daripada kita impikan kediaman yang sempurna untuk keluarga dan masa hadapan. Kita inginkan rumah yang luas dan selesa.

Kerana itulah Setia Alamsari mengambil kira semua impian anda dan merialisasikannya dengan melancarkan fasa kedua Malkoha 2, rumah dua tingkat superlink di Setia Alamsari, Bangi.

Dengan keluasan 24’ x 85’, Malkoha 2 pastinya memenuhi kemahuan anda yang inginkan kediaman yang luas serta selesa. Apatah lagi dengan keluasan 17 kaki di halaman belakang memberikan anda kebebasan untuk mempunyai taman sendiri.



Malkoha 2 juga mempunyai empat bilik tidur dan empat bilik air yang menjanjikan keselesaan untuk anda dan keluarga. Bayangkan setiap ahli keluarga anda mempunyai privacy masing-masing.

Pelbagai keistimewaan turut disediakan bagi memudahkan anda memiliki Malkoha 2 ini yang pastinya tidak ingin anda lepaskan.



Hanya dengan RM1000 bayaran tempahan untuk anda memiliki Malkoha 2. Selain itu, 7% diskaun untuk bumiputera juga disediakan, dan pastinya yuran guaman MOT serta SPA percuma turut diberikan.

Lebih istimewa, tiada bayaran pendahuluan dan kita juga berpeluang memenangi rebet tunai sehingga RM8888* melalui Wheel of Happiness. Kedua-duanya tertakluk kepada syarat dan terma.

Malkoha 2 yang terletak di bandar perumahan Setia Alamsari mempunyai akses kepada semua kemudahan awam yang kita perlukan seperti pusat membeli belah, sekolah, hospital, lebuhraya, pusat rekreasi serta pengangkutan awam.

Dengan keluasan 775 ekar, bandar perumahan Setia Alamsari merupakan bandar perumahan terbesar di Bangi dan yang sangat menariknya adalah setiap rumah yang kita miliki merupakan pegangan bebas.

Setia Alamsari turut mengabungkan kehidupan serba moden dengan alam semulajadi penuh kehijauan yang menjanjikan kehidupan yang tenang dan selesa untuk semua.

Kunjungi Setia Alamsari Sales Galleria di Nombor 1, Persiaran Alam Sari 3, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan atau anda boleh hubungi 03 – 8736 2255



Jangan lupa untuk bersama Setia Alamsari dalam ‘Gleaming Chinese New Year’ sempena sambutan Tahun Baru Cina ini dengan pelbagai aktiviti menarik serta hebat.

Bertempat di Setia Alamsari Sales Galleria pada hari Sabtu, 15 Febuari 2020, bermula pada pukul 6:00 petang hingga 9:00 malam, Setia Alamsari menyediakan pelbagai acara hebat untuk anda.



Tarian Singa Twin Prosperity, Pertunjukan Tarian Grand Giant, Magical Wonder Wardrobe, Pertunjukan Bunga Api Fortune, Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri Shaolin dan banyak lagi menanti sambutan Tahun Baru ini.



Jangan ketinggalan untuk bersama sambutan yang cukup meriah ini bertempat di Setia Alamsari Sales Galleria, beralamat di Nombor 1, Persiaran Alam Sari 3, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03 – 8736 2255 atau layari www.setiaalamsari.com

HARAP MAKLUM


Dalam keadaan wabak Virus Corona yang berlaku sekarang, pihak penganjur mengambil keputusan demi kebaikan semua untuk membatalkan acara 'Gleaming Chinese New Year' yang sepatutnya berlangsung pada 15 Februari 2020 ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Namun anda masih lagi lagi dijemput mengunjungi Setia Alamsari Sales Galleria di Nombor 1, Persiaran Alam Sari 3, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan atau anda boleh hubungi 03 – 8736 2255 untuk melihat rumah contoh Setia Alamsari Malkoha 2.