Pelakon Faizal Hussein gembira dengan kemenangan yang diraih pada malam Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) baru-baru ini.

Merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi telefilem Samad Tedung, Faizal mendedahkan 'rahsia' disebalik kejayaannya.

Akhirnya.. Alhamdulillah... #anugerahskrin2019 #tv3malaysia

A post shared by faizalhusseinofficial (@faizalhusseinofficial) on


"Ketika mendapat skrip, saya dapat rasakan watak ini bakal memberikan impak. Jadi, setiap babak yang saya jayakan, saya buat bersungguh-sungguh untuk menang anugerah.

"Akhirnya, selepas beberapa kali nama saya tersenarai dalam Top 5 kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama, akhirnya saya berjaya menggenggam trofi ini," kata Faizal.

Pelakon ini juga berterima kasih kepada semua pelakon, krew serta pengarah Samad Tedung, Shuhaimi Lua Abdullah.

"Ini kali pertama saya bekerja bawah arahan Shuhaimi. Watak Samad pada mulanya sangat dibenci tapi akhirnya ia mengundang simpati penonton.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menjayakan Samad Tedung, pengarah, pelakon dan krew. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas anugerah ini," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, lakonan Faizal dapat disaksikan dalam filem Pusaka yang sedang hangat ditayangkan di pawagam.


Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.