Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Setiap Daripada Kita Perlukan Inspirasi Dalam Hidup. Ini Adalah Kisah Pertama Inspirasi Bersama AFFIN ISLAMIC

Badrul Hashim
23/10/2019 13:21 MYT
Walaupun sekadar menguntum senyuman, kita mampu memberikan inspirasi kepada mereka yang memerlukan, kerana inspirasi itu mampu meniupkan semangat dan membangkitkan rasa positif dalam diri seseorang.



Sebab itulah AFFIN Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC) mewujudkan #InspirasiBersamaAffin untuk sama-sama memberikan inspirasi kepada yang lainnya.

Edisi pertama #InspirasiBersamaAffin telah menyertai dan menyokong sekumpulan sukarelawan daripada Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) MyMahu.



Diterajui oleh Mei Mei Ismail, MyMahu terdiri daripada sekumpulan rakyat Malaysia yang mengumpul dana untuk mereka yang memerlukan melalui kempen-kempen yang dapat membantu dan menceriakan komuniti yang memerlukan.

AFFIN ISLAMIC melalui kempen #InspirasiBersamaAffin mengikuti salah satu program mereka iaitu Program Bantuan Eksplorasi Orang Asli di Kampung Terlimau, Cameron Highlands.



Melalui kempen ini, para sukarelawan membuat lawatan untuk membantu komuniti Orang Asli melalui bantuan sumbangan, tenaga dan juga masa. Sesungguhnya program ini memberikan inspirasi bukan sahaja kepada mereka yang mendapat bantuan, tetapi juga kepada sukarelawan itu sendiri.



#InspirasiBersamaAffin adalah satu budaya yang ingin diterapkan oleh AFFIN ISLAMIC sebagai inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memulakan sumbangan walau sekecil mana sekalipun.



Malah, ianya cukup mudah apabila bermula dengan organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) sedia ada serta bersama bank yang dipercayai seperti AFFIN ISLAMIC yang menyediakan AFFIN Barakah Charity Account – i.

AFFIN Barakah Charity Account-I mempunyai ciri-ciri yang sungguh memudahkan anda.

Ciri-ciri:

• Akaun simpanan Patuh Syariah.
• Deposit permulaan sebanyak RM100.00
• Baki minima yang perlu dikekalkan hanyalah RM10.00
• Penyata atau Buku Bank untuk memudahkan anda melihat transaksi
• Mempunyai Kad Debit Visa AFFIN ISLAMIC
• Sangat mudah dengan perbankan secara Internet di affineOnline.com
• Akses mudah untuk rangkaian cawangan kumpulan AFFINBANK.

Manfaat:

• Simpan Dan Sumbang - Memberikan kemudahan untuk anda membantu mereka yang memerlukan.
• Sumbangan Derma Yang Fleksibel – Memberikan anda fleksibiliti untuk menukar peratusan derma dan sebagainya.
• Pemindahan Wang Untuk Sumbangan Dana Percuma Setiap Bulan – Menyediakan servis mudah tanpa bersusah payah melalui pindahan Hibah untuk menderma.

Jom kita sama-sama memberikan bantuan kepada masyarakat dengan membuka akaun AFFIN Barakah Charity Account-i dan bersama-sama kita memberikan inspirasi kepada semua.

Anda juga boleh ikuti kami di Facebook affinislamic, Instagram @affinislamic dan juga Twitter @AffinIslamic.

Untuk menonton video, klik #InspirasiBersamaAffin
#Advertorial #InspirasiBersamaAffin
;