Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Setiap Hari Makin Jatuh Cinta” - Manisnya! Dah Lima Tahun Tapi Hanis Zalikha, Hairul Tetap Macam Baru Kahwin

Mya Amri 06/06/2020 | 03:57 MYT
Pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelima.
Lebih manis lagi masing-masing mengabadikan kenangan menerusi posting terbaru di akaun Instagram dengan memuat naik foto perkahwinan mereka beserta ucapan sweet.
Menerusi posting tersebut Hanis dan Hairul memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas kebahagiaan yang dikurniakan kepada mereka.
“Allah izinkan perkahwinan ini masuk tahun kelima. Allah izinkan kita setiap hari makin jatuh cinta. Semoga terus menerus di dalam lindunganNya,” tulis Hanis.

Allah izinkan perkahwinan ini masuk tahun kelima. Allah izinkan kita setiap hari makin jatuh cinta. Semoga terus menerus di dalam lindunganNya ♥️

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rakan selebriti juga tidak ketinggalan memberikan ucapan kepada pasangan ini.
Antaranya Fazura, Fify Azmi, Daiyya Trisha, Yasmin Hani dan Daphnie Iking.
Terdahulu, Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
#Hanis Zalikha #Hairul Azreen
;