Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menemui penonton bermula 15 April yang lalu.

Sudah berjaya meraih jumlah kutipan sebanyakRM2 juta ringgit, filem ini berjaya tular di laman sosial dengan watak Barkoba, Yah Kucai dan Abang Jay.

Bagi Afea Deanna Baharudean, 21, yang memegang watak sebagai Yah Kucai, impak daripada filem tersebut berjaya membuatkan dia semakin dikenali.



“Disebabkan saya kerja di Sarang Art Hub milik abang Mamat, hampir setiap hari ada orang yang kenal saya, walaupun saya pakai pelitup muka.

“Mereka akan panggil saya Yah Kucai. Tak kisah mereka nak pesan makanan atau nak ajak bergambar, memang mereka akan panggil Yah Kucai,” katanya kepada Gempak.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).

Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si iblis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.