Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Setiap Kali Bertemu Subuh, Ingatan Kuat Untuk You..." - Alyah Rindu, Kenang Kenangan Manis Bersama Siti Sarah

Asraf Aided 23/08/2021 | 06:40 MYT
Penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa rindu terhadap rakan industri, Allahyarhamah Siti Sarah yang pergi menghadap Ilahi baru-baru ini.
Menurut Alyah, dia seringkali teringat akan arwah setiap kali menjelang subuh kerana penyanyi lagu Kesetiaan itu sering membalas mesejnya sekitar waktu itu.
"I miss you babe, setiap kali bertemu subuh ingatan I sangat kuat untuk You sebab You selalu balas mesej I dalam waktu ini.
"Subuh ini I saja menunggu mesej dibalas dari You sendirian, I selalu doa untuk You, I tahu You dah berada di tempat yang indah babe.
"Al-Fatihah buatmu Sarah," coretnya di Instagram.
Tambah Alyah, dia tidak akan melupakan Sarah sebagaimana dia tidak lupa akan anggota keluarga yang juga telah meninggal dunia.
"Macam mana aku tak pernah lupakan arwah Apak, arwah Abang Long, arwah Md Nor, macam itu juga dengan kau Sarah, korang sentiasa ada dalam hati ini," tambahnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Siti Sarah bertarung nyawa akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos 2021.
BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

#Siti Sarah #Rindu #Datin Alyah #Siti Sarah Meninggal Dunia #Pemergian Siti Sarah
;