"Setiap Kali Cerita Kisah Sarah, Air Mata Berlinang" - Rahim Kongsi Keadaan Shuib, Masih Sugul & 'Kosong'
Maliah Surip
09/08/2021 08:40 MYT
09/08/2021 08:40 MYT
Rahim Sepahtu yang ditemui selepas majlis pengebumian Siti Sarah Raisuddin berkongsi kebaikan sikap penyanyi itu sepanjang mengenalinya sebagai isteri Shuib.
Menurut pelawak itu, Sarah adalah tulang belakang dan seorang isteri yang cukup memudahkan segala urusan suaminya.
"Sebagai rakan yang agak rapat, saya sedih. Sarah seorang yang baik. Sepanjang mengenalinya, kalau dia ikut Sepahtu bekerja, dia akan memudahkan urusan suaminya.
"Seorang yang sangat mudah didekati. Jadi kita boleh rasa kehilangan itu. Sebab itu hari ini saya tak rasa terkejut ramai yang hadir ke tanah perkuburan dan tak kurang yang mendoakannya," ujar Rahim sewaktu ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, sebentar tadi.
Saat ditanya bagaimana keadaan Shuib saat ini, Rahim mengatakan dari pemerhatian sahabatnya itu masih berada dalam keadaan sugul dan wajahnya 'kosong'.
"Tadi sebelum dia memakai PPE, saya lihat wajahnya kosong, dia masih dalam keadaan sugul. Setiap kali menceritakan kisah Sarah, air mata berlinang.
"Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini. Saya pun dapat merasakan kepedihan itu. Tak dapat saya bayangkan kalau saya berada di tempat Shuib. Saya doakan urusan dia dan anak anak dipermudahkan," katanya.
Rahim juga berharap agar Shuib kuat melalui dugaan getir ini. Dia mahu Shuib kekal positif dan kuat demi anak anak dan banyak pihak seperti pekerja yang masih memerlukannya.
"Orang yang jadi tulang belakang dia selama ini pergi. Allah sayang dia. Saya harap Shuib kuat kerana banyak dugaan yang dilaluinya dan ini paling getir. Saya harap dan berdoa sangat dia kuat untuk anak anak dan orang lain yang memerlukannya," tutup Rahim.
Terdahulu, jenazah penyanyi berusia 36 tahun itu selamat dikebumikan sekitar pukul 1.37 tengahari selepas menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi bertarung nyawa akibat jangkitan COVID 19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sarah meninggalkan empat cahaya mata Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6; dan bayi lelakinya yang dilahirkan Jumaat lalu.
Al Fatihah buat Siti Sarah Raisuddin.