Hiburan

"Setiap Kali Saya Berdoa Soal Jodoh, Setiap Kali Itu Saya Pasti Menangis" - Neelofa

gempak
Kamaruddin Razal
21/07/2019
10:18 MYT
Sponsor Banner
"Setiap Kali Saya Berdoa Soal Jodoh, Setiap Kali Itu Saya Pasti Menangis" - Neelofa
Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa, 30, mendedahkan dirinya pasti menangis setiap kali menitipkan doa berkenaan jodoh.
Pengacara MeleTOP ini berkongsi perkara terbabit di sesi rakaman Naura Shares edisi haji di MmCineplex, e@Curve, Mutiara Damansara semalam.
Already a household name at a young age, @neelofa is multitalented, with ventures into entrepreneurship, hosting, and acting. Due to her business success, she was named amongst 'Forbes 30 Under 30 Asia' in 2017. ⁣⁣ ⁣ Even with her hectic schedule and working commitments which requires her to travel around the world, one of Neelofa's resolutions is to visit to the Holy Land of Makkah every year, either with her family or sometimes even bringing her employees along. At the age of 27, Neelofa has performed her Hajj accompanied by her parents. In this session, Neelofa will share her experiences and the reasons why she will always choose Makkah. ⁣⁣ ⁣ To those who have signed up, we can't wait to see you there! Since seats are sold out, if you can't make it kindly cancel your tickets early so others can come.⁣⁣ ⁣⁣ #LetsBeBetterTogether⁣⁣ #NauraShares⁣⁣ #hajjedition
A post shared by N A U R A (@naurashares) on
Ketika disoal oleh moderator, Lin Ariffin mengenai doa yang sering membuatkan dia menangis, Neelofa gagal menahan sebak dan matanya terus berkaca.
"Setiap kali saya berdoa soal jodoh, setiap kali itu saya pasti menangis. Sejujurnya, saya memang rasa sedih. Saya akan menangis setiap kali menitipkan doa mengenai perkara itu, tidak kira masa dan di mana-mana saja.
"Saya memohon Allah mengurniakan saya pasangan yang baik, bukan sahaja boleh membahagiakan saya, tetapi membahagiakan orang sekeliling saya. Termasuklah keluarga, pihak pengurusan, peminat, rakan media, malah semua orang," jawab Neelofa.
Ketika ditemui selepas usai rakaman program terbabit, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini sendiri tidak tahu sebab spesifik apa yang membuatkan dia berasa sedih ketika berdoa soal jodoh.
"Saya sendiri pun tak tahu mengapa doa terbabit sangat mengusik hati saya. Tetapi, sebab saya sering berdoa mengenai perkara itu adalah kerana saya mahu membuatkan semua orang senang dan bahagia.
"Bakal pasangan saya juga bakal menjadi perhatian semua pihak. Sehinggakan siapa pasangan saya juga bakal menjadi perhatian semua orang," katanya yang bakal berlepas menunaikan ibadah haji pada 4 Ogos ini.
BACA: Bakal Tunai Haji Kali Ke-2, Neelofa Mohon Doa Agar Dipermudahkan
Selain Neelofa, tetamu lain yang turut membuat perkongsian Naura Shares edisi haji ialah dua selebriti lain iaitu Atu Zero, Adam Corrie serta pasangan yang mencatat rekod berbasikal ke Makkah, Ahmad dan Adilah.
Naura Shares edisi haji episod Neelofa membincangkan mengenai topik Kemanisan Ihram.
Rakaman program ini Naura Shares edisi haji bakal bersiaran bermula 9 Ogos ini, jam 9 malam di Astro Naura, saluran 125.
Foto: Azrul Rafie (Instagram @azrul_rafie)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live