Hiburan
"Setiap Kali Saya & Fad Berjumpa, Kami Akan..." - Achey Teruskan Kerja Arwah Abam
Pelawak Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 33, menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Abam setiap kali dia berjumpa dengan Fad.
Menurut Achey, rindunya kepada arwah tidak pernah pudar.
"Setiap kali saya dan Fad berjumpa, kami akan sedekahkan Al-Fatihah dahulu kepada arwah, kemudian barulah kami mengenang kembali perjalanan Bocey bersama arwah.
"Nama arwah sering di bibir kami. Rindu kepada arwah tak pernah pudar. Jadi, tak banyak yang saya minta, terus berdoa untuk arwah," katanya.
Dalam pada itu, Achey juga menyelesaikan dua ulasan produk secara percuma di laman Instagram bagi pihak arwah.
"Ia membabitkan produk kurus tetapi kurang sesuai untuk saya kerana saya memang kurus. Jadi, saya lakukannya bersama isteri. Alhamdulillah, tontonan agak tinggi.
"Satu lagi ialah produk minuman dan saya dapat maklum balas yang sangat baik hingga peniaga terpaksa menyuruh saya memadamkan hantaran itu kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan," katanya lagi.
Achey ditemui di majlis pelancaran produk pewangi Nabil x Sugarbomb x Achey di Shah Alam baru-baru ini.
Majlis pelancaran produk itu turut dihadiri Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim
Mahu membantu golongan yang terjejas berikutan pandemik COVID-19, Achey dan pelawak Nabil menjalin jenama terbabit dalam menghasilkan produk pewangi kereta dan minyak wangi.
Achey mempertaruhkan lima jenis bauan menerusi produk pewangi kereta iaitu SugarBomb X Achey Edition.
Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal berkata, dua selebriti, Nabil dan Achey dipilih berikutan mudah memberikan kerjasama dan berusaha membantu menaikkan jenama terbabit.
“Kami bekerjasama dengan Nabil dalam menghasilkan produk minyak wangi, sejak enam bulan lalu, manakala, Achey pula pada bulan ini.
“Saya percaya pemilihan Nabil dan Achey bertepatan dengan misi SugarBomb untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan ketika berdepan dengan penularan COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Seperti yang diketahui, ramai kehilangan kerja dalam tempoh ini, jadi kami ingin membantu mereka. Kami mencari ejen jualan untuk produk ini,” katanya.
Must-Watch Video