Berita

Setiap Orang Pernah Gagal Dalam Bercinta - Aman Aziz

gempak
Rozaimi Zubaidi
06/09/2017
10:10 MYT
Sponsor Banner
Setiap Orang Pernah Gagal Dalam Bercinta -  Aman Aziz
Bekas Naib Juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) Aman Aziz, mengakui kegagalan bercinta pada masa lalu memudahkannya untuk menghayati single terbaharu, Sulit.
Menurut Aman, kisah pahit yang terjadi dalam hidupnya membuatkan dia lebih mudah berkongsi perasaan melalui lagu terbaharunya itu.
"Ini perkara biasa kerana setiap orang mesti pernah berasa kecewa apabila gagal dalam bercinta.
"Jadi saya membawakan perasaan yang pernah saya rasai suatu ketika dahulu ke dalam lagu ini dan pengalaman itu juga memudahkan saya untuk menyampaikan perasaan kepada pendengar.
"Lagu Sulit ini berkisarkan tentang kesukaran seseorang untuk melupakan kisah cinta lalu dan ia sememangnya pernah terjadi kepada saya.
"Walaupun saya tahu adalah mustahil untuk bersama dan perpisahan itu lebih baik, namun cinta tetap besar buat bekas kekasih.
"Kadang-kadang kerana cinta, seseorang itu lebih rela disakiti daripada hilang orang yang membahagiakan mereka. Begitulah tafsiran yang saya cuba sampaikan melalui lagu ini,” katanya kepada Astro Gempak.
Aman berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Sulit di RedBox, The Garden, Petaling Jaya pada Isnin lalu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024