“Setiap Pagi Saya Ambil...”- Usaha Dapat Zuriat, Elizad Dedah 4 Pil Yang Perlu Diamalkan Ketika IVF

Syafiqah Jalal
Mac 9, 2020 09:00 MYT
Pelakon Elizad Sharifuddin mendedahkan empat jenis pil yang diambil setiap hari dalam usaha mendapatkan zuriat.
Menurut Elizad, 36, pil tersebut diambil atas nasihat doktor dalam proses menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
“Salam & Selamat pagi kesayangan semua . Today consultation day lagi dgn @sophea_fertility ? .
“Okay mana-mana yang tanya I dah start makan ubat apa...Nah saya kongsi, setiap pagi ambil Folic Acid , Vitamin D , Coenzyme Q10 & Multi Vitamine,” katanya.
Elizad berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Penyampai radio Sinar itu kini usaha untuk mendapatkan zuriat selepas lima tahun berumah tangga.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.
#Hamil #Hamil #Elizad Sharifuddin #IVF